Monday, March 28, 2011

[kemaskini] Ini dia Datuk T & dalang video seks…

Ni dia Datuk T…………
(Tan Sri Rahim Tamby Chik & Datuk T)

(Johari Abdul, MP Sg Petani dari PKR)

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul hari ini mendakwa bekas ketua menteri Melaka dan bekas konsul kebesaran Thailand di Malaysia adalah mereka di sebalik video seks yang dikatakan melibatkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Johari mendakwa, turut terbabit ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, yang kini merupakan pengerusi Risda dan juga yang dulu pernah terbabit dengan skandal seks dengan gadis bawah umur.
Johari, bagaimanapun, mendakwa lelaki yang dilihatnya melakukan aksi seks dengan seorang wanita tidak dikenali dalam video tersebut, bukanlah Anwar.
KENYATAAN AKHBAR
Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau. Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.
Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.
Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato’ Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.
Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sepanjang tayangan video tersebut, Dato’ Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.
Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato’ Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.
Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.
Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bbawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.
Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.
Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:
1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.




Video Wajib Tengok


Sumber: www.youtube.com
2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.
3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.
Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaa akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.
Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
DATO’ JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011


KOMEN SA SELEPAS KENYATAAN AKHBAR DATO’ JOHARI ABDUL

Tan Sri Rahim Thamby Chik yang menjadi dalang kepada episod ini adalah orang yang sama yang mengatur penerbitan dan pengedaran buku “50 Dalil” dalam tahun 1998 dahulu. Modus operandi fitnah terbaru ini adalah 100% sama dengan modus operandi siri fitnah tahun 1998 dahulu. Beliau diberi mandat oleh Perdana Menteri sendiri untuk membeli ahli-ahli Parlimen KEADILAN dengan tawaran wang ringgit dan sebagainya. Tempahan dan pembayaran Carcosa Seri Negara dibuat oleh RISDA, sebuah jabatan kerajaan. Saya juga percaya Dato’ Eskay Shazril Abdullah adalah “Dato’ T”. Dia adalah seorang yang berbangsa Siam dan mendapat banyak faedah dari Tun Mahathir Mohamad kerana berasal dari Kedah.
Seorang lagi individu yang hadir sama adalah bapa mertua kepada Dato’ Shafie Afdal, iaitu Naib Presiden UMNO. Banyak lagi nama-nama pimpinan UMNO yang terlibat secara langsung dengan konspirasi terbaru ini.
Saya mendedahkan semua ini agar rakyat Malaysia dapat menilai dengan sendiri politik jahat yang digunakan oleh musuh Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Pimpinan UMNO perlu berterus terang dengan rakyat dan membersihkan nama mereka secepat mungkin.
Sumber: TT

Jalan2 hujung Minggu....g MYDIN MELAKA

Actually x plan pon nk balik Labis...habis keje dri Kargo KLIA aku spi umah at 3pm,arini hubby rajin kemas umah ....so RELAX lah ada org tlg kemaskn hehheh....Sunday my kazen wedding kat muar,pikir pny pikir we decide blk kg ptg tu...so nxt week xperlulah balik.Spi kg pn  dah Magrib,uqkail xder sembahyang kat masjid.

Lps magrib hubby n Nana kuar,ada brg nk dibeli,balik bw satay....so dinner kami mkn satay,mak pun xmasak.Mlm tgk citer hindustan,dh lama xlyn citer hindustan  kat Astro CH ZEE...mula2 tgk biasa jer dh nk spi klimaks bru best...bolehlah.

Tomorrow morning (SUNDAY) uqkail nk kuar g main bola kat sekolah,dia xnk ikut kitaorg g MUAR,lgpn dh besar mls nk berjln2 ngn family.Aku bergerak ke Muar bw mak,Nana dan Wafiy.So kak yah fllw dri blkg,nnt balik mak,nana,wafiy blk ngn kyah kitaorg trus blk Klang.B4 that singgah umah angah kat Bakri, g saing rmi2.Spi jer kat umah my kazen kami dijemput oleh uncle2 kami..lama x jumpa lgpn x rapat sgt sblh abah.Dah mkn2 n bersalaman kami pn ke MYDIN MELAKA,sajer jalan2.
wafiy yg suka interframe...


bnyaknyerr kete ujung minggu katakan....

g melaka nk pki GPS ker!!!!!....



best jln kat Melaka,bersih tempatnyer.

mat bangla tgh siram apa tue....









Actually xderlah shopping sakan,aku just beli bbrp helai tudung untuk dipakai.Belikan mak brg dapur.Kul 4 kitaorg pn balik ke destinasi msg2.

Tuesday, March 22, 2011

PERCUTIAN DI KUCHING 15/03 - 17/03/2011


Cuti sekolah pun bermula , so cuti sekolah kali nie kami plan ke Kuching sbb klu cuti di kawasan semenanjung ni rmi org dan sesak.Cuti sekolah kali ini kami ber 3 shj yg pergi bercuti,Nana x dpt nk join cause dia ada  tuition sbb nk UPSR,so my gurl , next time i'll bring u OK!.This is 1st time hubby n uqkail went to kuching.Kami menaiki pesawat Airasia jam 0945am , due to heavy traffic so flight delay to 1030am bru terbang then landed kat kch airport 1145am.


Sementara menunggu baca paper


Lama gaklah lepak kat airport
 
nilah...flightnyerr ....jauh berjln.

akhirnyerr terbang gak......

Sampai Di Kuching, my biz partner di kch jemput EN SHUKOR , so dia amik kitaorg then g lunch mkn ns ayam madu , ala2 mcm ns beriani,according to shukor tauke kedai ni bela ayam sdiri,tptnyer pn rmi org.Kira famous gaklah kdi mkn nie.Pas2 dh kenyang singgah opis di KCH then back to HOTEL 360'.Hotel ni not badlah so oklah utk kami ber 3,ada 2 bed ,harga pn x mahal RM155 include breakfast.cuma tpt ni jauh cikit dri RIVERSIDE.Kami berjalan2  kdi di bwh hotel nothing intresting cuma beli sikat coz sikat tertinggal.heheh.

Malam kami kuar 730am dinner time,shukor bring us mkn cfood kt taman letak kete,mula dgr tergelak gak lain mcm jer nama tpt ni.Tpt mkn kat tkt 2...perrrr rminyerrr org.Kami mkn muslim seafood ,yg lain tu xsure halal @ x,sedap gak mkn kat cni...tgk2 muka yg mkn mcm rmi org semenanjung ,cuti sekolah kan....uqkail x berapa nk mkn sgt sbb bkn favourite dia...heheh ayam xdok lah.Lps dinner Shukor bw kami ronda2 di waktu malam di kuching....cantik kuching waktu mlm kat tpi sungai.....




Next day,kami g ker river majestic,...nak beli kek lapis...nk ke seberang kena naik perahu tambang,xlh mahal just 50sen tambang...harrrr murahnyerrr.Dekat jer actually,disebabkn kami spi awal around 10.15am so we ask that Pakcik bw kitaorg ronda2 sg swak,charge RM40.00 for 1 hour,bolehlah jln2,time2 camnie lah Pakcik tu cri duit lebih rezeki.Sepanjang perjalanan tu nampak lah kampung2 org melayu tepi2 sg then ada ASTANA look likes English Square Castle.Cepat jugak KCH ni membangun.Kami ker KG Gersik cri kek lapis Dayang Salhah tpt tu famous rmi gak org dtg beli most org semenanjung lah tu,org tptn xdernyerrr,Kami beli 2 box dia kata blh anta kat hotel,lega rasa xpyh nk mengangkut.Pasni kami decide nk tgk wayang Merong Mahawangsa so amik cab g the springs (MBO),movie start 2pm,sementara tu lunch kat Kluang Kopitiam.MBO the spring mmg gah..compare MBO lain,tpynyerrr luas dan selesa cuma sound system kureng ckitlah.Lps tgk wayang kami g balik kat river majestic...jln2 nk cri souvenir...kat bazar xder yg menarik,so kami jln kdi2 depan tu ( kdi2 lama ) rmi gak owg2,uqkail beli 4 btg sumpit,t'shirt ,bag,kitchen,fridge magnet etc....letih sungguh ari pn ujan we take taxi balik ke hotel coz mlm ni shukor ajak mkn mee kolok.




 7:30 shukor amik kitaorg g dinner kali ni we all try mee kolok , sedap gak mee kolok swak..YUMMY!!!pas tu as usual kami g jln2 pusing2 kuching.Balik terbongkang tido letih sungguh...

17/03/2010 - time to go home,pg2 we all kuar g pasar satok beli ikan terubuk masin ole2 utk mak,dah pesan awal suh beli.Flight kul 230pm suh kami check out 11am,Shukor dtg amik bw g lunch kat petrajaya ,mkn mee kolok lg...mmg bestlah.Settle trus anta g airport.Dalam flight ermm ngntuk nyerrr tersengut2 aku tido...spi KL kul 4pm.HOME SWEET HOME.Next time g cuti kat kch jerrr.

Friday, March 04, 2011

Pagi ni sejuk rasanyerr...suasana rs tenang...nyaman jer,hujan pg tdi....drive pn rs nyaman...
jln x jem,kete pn x byk...lori pn x byk on road...paling aku tension klu drive kat port klang nie..driver2 kat port klang bwk lori mcm pelesit..xsabo2 nk kejo trip,katanya komisen lari klu lbt...tpi agak2 lh bwk lori tu kan.

 Keje pun x bz mana...check2 email..settlekn a few document yang pending,col customer mana yg perlu follow up.